Wednesday 18 January 2017

Bajet 2017 Memudahkan Peminjam PTPTN

Bajet 2017 Memudahkan peminjam PTPTN

Bajet 2017 Memberi Kemudahan Kepada Peminjam PTPTN

Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Dato Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu turut memberi kemudahan kepada peminjam PTPTN.

Insentif dari Bajet 2017 ini sememangnya sedikit sebanyak menguntungkan peminjam PTPTN.

Sempena Bajet 2017, insentif berikut disediakan kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:-


Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutan pinjaman

Situasi:
Anda pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah membayar bayaran balik sebanyak RM200 setiap bulan selama setahun(setahun RM2400), dan baki pembiayaan anda telah berkurang sebanyakRM30,100 selepas setahun.

Bajet 2017 memberi peluang untuk anda jimat 15% dari baki pinjaman RM30,100, yang mana penjimatan sebanyak RM4515.

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM25,585 untuk melangsaikan hutang pinjaman PTPTN anda.

Kiraan: 
RM30,100 x 15%       = RM4515
RM30,100 - RM4515 = RM25,585


Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran

Situasi:
Anda pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah membayar bayaran balik sebanyak RM200 setiap bulan selama setahun(setahun RM2400), dan baki pembiayaan anda telah berkurang sebanyakRM30,100 selepas setahun.

Bajet 2017 memberi peluang untuk anda jimat 10% dari bari baki pinjaman RM30,100, sekiranya anda membayar sekurang-kurangnya separuh atau 50% dari baki pinjaman anda. Penjimatan yang anda dapat adalah sebanyak RM3010.

Anda hanya perlu membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM13,545 untuk melangsaikan separuh atau 50% dari hutang pinjaman anda.

Jadi, anda masih berhutang RM13,545 dengan pihak PTPTN.

Kiraan:
RM30,100 x 10%       = RM3010
RM30,100 - RM3010 = RM27,090
RM27090 x 50%        = RM13,545

*RM30,100 adalah jumlah baki pinjaman anda setelah pembayaran setahun sebanyak RM2400
*10% adalah diskaun sekiranya anda membuat pembayaran balik sekurang-kurangnya 50% dari baki   pinjaman.
*RM13,545 adalah jumlah yang perlu anda bayar kepada PTPTN(50%) dan juga jumlah baki pinjaman yang masih belum dilangsaikan.


Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan

Situasi:
Anda dah pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah mengisi borang pembayaran balik melalui potongan gaji/direct debit sebanyak RM200 setiap bulan.
Dari potongan gaji/direct debit, setiap bulan anda akan membayar sebanyak RM200. Dengan diskaun 10%, lagi RM20 telah ditolak dari baki pinjaman anda.

Kiraan:
RM200 x 10%    = RM20
RM200 + RM20 = RM220
*RM200 jumlah bayaran yang anda lakukan melalui potongan gaji/direct debit.
*RM20 adalah diskaun yang diberikan melalui Bajet 2017 berdasarkan pembayaran balik melalui potongan gaji/ direct debit.
*RM220 jumlah bayaran yang diterima oleh pihak PTPTN(nilai yang anda bayar termasuk 10% diskaun).


Jumlah RM20 atau 10% mungkin nampak sikit, namun sekiranya jumlah ini konsisten, ianya cukup banyak untuk sesuatu tempoh. Contoh: RM20 x 12 bulan = RM240

Bagaimana kalau untuk tempoh 15 tahun? RM20 x 12 bulan x 15 tahun = RM3600. 

Banyakkan?

Ini bermaksud, lagi banyak nilai untuk potongan gaji yang anda lakukan, lagi banyak diskaun yang anda terima.


Direct debit juga dikenali sebagai Auto Debit/ Standing Instruction. Kemudahannya adalah ia akan debit dari akaun bank anda sekiranya amaun mencukupi untuk membayar ansuran pinjaman secara automatik. "

Selamat Membayar. Hutang tetap hutang kan?

6:44 pagi
180117
Simpang Pulai, Perak

No comments:

Post a Comment