Thursday 19 January 2017

Apa Itu Instalment?

ansuran bulanan, kadar faedah, interest, pinjaman, rumah, kad kredit, kereta, hire purchase

Apa Itu Instalment?

Instalment atau dalam Bahasa Melayu adalah ansuran bulanan. Ansuran bulanan adalah bayaran bulanan yang perlu dipenuhi dan dipatuhi oleh peminjam yang telah membuat perjanjian untuk membayar balik kepada institusi pemberi pinjaman dalam tempoh tertentu pada tarikh tertentu.

Banyak atau sikit ansuran bulanan bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan juga kadar interest / faedah. Ansuran bulanan boleh berubah sekiranya tempoh pinjaman dan kadar faedah berubah.
Ansuran bulanan perlu dipatuhi oleh peminjam seperti mana yang telah dipersetujuinya di dalam surat tawaran yang disediakan oleh pihak pemberi pinjaman.

Pengguna kad kredit boleh memohon untuk membayar balik penggunaan kad kredit melalui cara ansuran bulanan. Cara ini dapat mengurangkan beban bayaran balik penggunaan kad kredit kerana ansuran bulanannya tetap.

Contoh 1
Jumlah Pinjaman: RM150,000
Tempoh Pinjaman: 30 Tahun
Kadar Faedah: 4.4%
Ansuran Bulanan: RM751-14

Contoh 2
Jumlah Pinjaman: RM150,000
Tempoh Pinjaman: 10 Tahun
Kadar Faedah: 4.4%
Ansuran Bulanan: RM1547-36

Contoh 3
Jumlah Pinjaman: RM150,000
Tempoh Pinjaman: 30 Tahun
Kadar Faedah: 5.9%
Ansuran Bulanan: RM889-70

Contoh 4
Jumlah Pinjaman: RM150,000
Tempoh Pinjaman: 10 Tahun
Kadar Faedah: 5.9%
Ansuran Bulanan: RM1657-78

Contoh 5
Jumlah Pinjaman: RM200,000
Tempoh Pinjaman: 10 Tahun
Kadar Faedah: 4.4%
Ansuran Bulanan: RM2063-14

Contoh 6
Jumlah Pinjaman: RM200,000
Tempoh Pinjaman: 30 Tahun
Kadar Faedah: 4.4%
Ansuran Bulanan: RM1001-52

Nampak perbezaan?

09:00 pagi
190117
Simpang Pulai Perak



Wednesday 18 January 2017

Pemilikan Rumah Masih Rendah

Hartanah Malaysia, Lelong dan Subsale Murah

Pemilikan Rumah Masih Rendah

Sikap tunggu dan lihat antara dilema yang dihadapi pembeli rumah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, meski pun menyedari nilai hartanah tidak pernah susut. Dilema itu turut disokong dengan polisi terbaharu yang diumumkan termasuk dalam pinjaman dan pembelian rumah, kebanjiran pembinaan rumah pada harga yang tidak mampu dimiliki dan sentimen pasaran.

Lebih menyedihkan masalah itu sebahagian besarnya dibelenggu oleh pembeli Bumiputera yang sehingga kini masih ramai yang belum memiliki kediaman sendiri berikutan kekangan yang dihadapi mereka termasuk 'tersilap' memilih jalan penyelesaian.

Menurut statistik awalan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), bilangan transaksi pada suku pertama 2016 secara keseluruhannya adalah lebih rendah dengan 80,029 transaksi berbanding dengan 93,490 pada suku pertama 2015, yakni penurunan sebanyak 14.4 peratus. Jika dibandingkan dengan suku keempat 2015, pertumbuhan negatif juga dapat disaksikan dengan kadar 10.9 peratus.

Condominium, Subsale, Lelong, Hartanah, Pelaburan, Keuntungan, Simpanan

Jumlah nilai transaksi juga menurun di antara kedua-dua suku pertama ini sebanyak 17.9 peratus, daripada RM38.96 bilion kepada RM31.99 bilion. Berdasarkan laporan itu, keadaan pasaran hartanah dilihat masih mencabar. Namun, secara sedar atau tidak kadar pemilikan kediaman di kalangan Bumiputera masih rendah.

Masih ramai dalam kalangan mereka tidak merasakan penting untuk membeli hartanah untuk dijadikan suatu pelaburan atau persediaan untuk menghadapi masa depan. Mereka lebih menggemari ganjaran dalam bentuk serta merta, berbanding faedah untuk jangka masa panjang. Mereka belum sedar dengan kepentingan aset yang memberi keuntungan daripada liabiliti yang memberi beban.

Alasan atau masalah paling ketara yang sering diperkatakan adalah masalah kemudahan kewangan. Contohnya tidak mampu menyediakan wang deposit, kegagalan untuk mendapatkan pinjaman serta komitmen tinggi seperti pinjaman pendidikan, hutang kad kredit serta keperluan hidup dengan kos tinggi. Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Pengedaran Bank Simpanan Nasional (BSN), Akhsan Zaini, berkata kemudahan kewangan yang diperolehi oleh seseorang individu adalah berdasarkan kelayakan serta kemampuan individu itu sendiri.

"Dengan lebihan pendapatan yang ada, seseorang itu boleh memiliki kediaman idaman mereka berdasarkan kemampuan kewangan mereka pada masa itu. "Dalam hal ini, pengurusan kewangan yang betul akan membantu pembeli untuk mendapatkan kediaman mereka dan pada masa sama ia mengelak daripada bebanan kewangan dalam kehidupan seharian," katanya ditemui BH, baru-baru ini.

Kajian mendapati golongan yang sangat memerlukan bantuan dalam pemilikan kediaman adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin dan berusia antara 25 hingga 40 tahun. Kumpulan itu didapati layak untuk memiliki rumah sendiri, tetapi tidak mampu menyediakan 10 peratus wang deposit dan lain-lain kos guaman.

Akhsan berkata, bagi mengatasi masalah itu, pelbagai inisiatif dan skim diperkenalkan kerajaan melalui beberapa mandat yang disalurkan melalui institusi perbankan tempatan seperti BSN. "Contohnya, BSN menerusi mandat Skim Perumahan Belia (YHS) dengan kerjasama Cagamas Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwujudkan bagi membantu pasangan berkahwin berusia 25 hingga 40 tahun memiliki rumah pertama dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000 serta harga rumah di bawah RM500,000.

mudah.my, google.com, propertyguru.com, iproperties.com, malaysia, bank, interest, hartanah, kuala lumpur, murah

"Skim berkenaan adalah inisiatif bersepadu yang diperkenalkan kerana ia bukan sahaja membantu pasangan muda untuk memiliki rumah, malah ia peluang terbaik direbut ketika ini," katanya. Bagaimanapun beliau berkata, sejak skim berkenaan dilancarkan pada tahun lalu, jumlah permohonan skim itu masih rendah meski pun tawaran yang dikeluarkan adalah sebanyak 20,000 permohonan.

"Setakat ini, terdapat 3,353 permohonan yang diperoleh dan daripada jumlah itu hanya 1,600 permohonan diluluskan. Kebanyakan permohonan yang ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk kemampuan kewangan yang tidak mencukupi. "Justeru itu, BSN turut menyediakan khidmat nasihat termasuk dalam pengurusan kewangan yang betul bagi membantu mereka menyelesaikan masalah dihadapi," katanya.

Selain skim berkenaan, BSN turut metawarkan Skim Perumahan PPR DBKL (MTEN), Skim PPR dan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE) yang diwujudkan dengan fokus untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan bagi memiliki kediaman sendiri.

Info:
- Laporan JPPH pada 2015 mendapati harga purata rumah kediaman di Kuala Lumpur dan Selangor adalah RM718,755, manakala terendah ialah di Perlis sekitar RM156,000. 

- Pada suku pertama 2016, penurunan transaksi sektor kediaman mencecah 9,878 berbanding suku pertama 2015.

- Statistik JPPH juga mendapati daripada 10,655 unit yang dilancarkan di seluruh negara pada 6 bulan pertama tahun 2016, hanya 2,732 unit sahaja yang terjual, bersamaan prestasi jualan sebanyak 25.6 peratus.


Artikel dipetik dari Berita Harian (Rabu, 12 Oktober 2016)

Bajet 2017 Memudahkan Peminjam PTPTN

Bajet 2017 Memudahkan peminjam PTPTN

Bajet 2017 Memberi Kemudahan Kepada Peminjam PTPTN

Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Dato Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu turut memberi kemudahan kepada peminjam PTPTN.

Insentif dari Bajet 2017 ini sememangnya sedikit sebanyak menguntungkan peminjam PTPTN.

Sempena Bajet 2017, insentif berikut disediakan kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:-


Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutan pinjaman

Situasi:
Anda pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah membayar bayaran balik sebanyak RM200 setiap bulan selama setahun(setahun RM2400), dan baki pembiayaan anda telah berkurang sebanyakRM30,100 selepas setahun.

Bajet 2017 memberi peluang untuk anda jimat 15% dari baki pinjaman RM30,100, yang mana penjimatan sebanyak RM4515.

Anda hanya perlu membayar sebanyak RM25,585 untuk melangsaikan hutang pinjaman PTPTN anda.

Kiraan: 
RM30,100 x 15%       = RM4515
RM30,100 - RM4515 = RM25,585


Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran

Situasi:
Anda pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah membayar bayaran balik sebanyak RM200 setiap bulan selama setahun(setahun RM2400), dan baki pembiayaan anda telah berkurang sebanyakRM30,100 selepas setahun.

Bajet 2017 memberi peluang untuk anda jimat 10% dari bari baki pinjaman RM30,100, sekiranya anda membayar sekurang-kurangnya separuh atau 50% dari baki pinjaman anda. Penjimatan yang anda dapat adalah sebanyak RM3010.

Anda hanya perlu membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM13,545 untuk melangsaikan separuh atau 50% dari hutang pinjaman anda.

Jadi, anda masih berhutang RM13,545 dengan pihak PTPTN.

Kiraan:
RM30,100 x 10%       = RM3010
RM30,100 - RM3010 = RM27,090
RM27090 x 50%        = RM13,545

*RM30,100 adalah jumlah baki pinjaman anda setelah pembayaran setahun sebanyak RM2400
*10% adalah diskaun sekiranya anda membuat pembayaran balik sekurang-kurangnya 50% dari baki   pinjaman.
*RM13,545 adalah jumlah yang perlu anda bayar kepada PTPTN(50%) dan juga jumlah baki pinjaman yang masih belum dilangsaikan.


Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan

Situasi:
Anda dah pinjam RM32,500(termasuk faedah pinjaman 1%) untuk pembiayaan pendidikan anda dahulu dan kini anda telah bekerja. Anda telah mengisi borang pembayaran balik melalui potongan gaji/direct debit sebanyak RM200 setiap bulan.
Dari potongan gaji/direct debit, setiap bulan anda akan membayar sebanyak RM200. Dengan diskaun 10%, lagi RM20 telah ditolak dari baki pinjaman anda.

Kiraan:
RM200 x 10%    = RM20
RM200 + RM20 = RM220
*RM200 jumlah bayaran yang anda lakukan melalui potongan gaji/direct debit.
*RM20 adalah diskaun yang diberikan melalui Bajet 2017 berdasarkan pembayaran balik melalui potongan gaji/ direct debit.
*RM220 jumlah bayaran yang diterima oleh pihak PTPTN(nilai yang anda bayar termasuk 10% diskaun).


Jumlah RM20 atau 10% mungkin nampak sikit, namun sekiranya jumlah ini konsisten, ianya cukup banyak untuk sesuatu tempoh. Contoh: RM20 x 12 bulan = RM240

Bagaimana kalau untuk tempoh 15 tahun? RM20 x 12 bulan x 15 tahun = RM3600. 

Banyakkan?

Ini bermaksud, lagi banyak nilai untuk potongan gaji yang anda lakukan, lagi banyak diskaun yang anda terima.


Direct debit juga dikenali sebagai Auto Debit/ Standing Instruction. Kemudahannya adalah ia akan debit dari akaun bank anda sekiranya amaun mencukupi untuk membayar ansuran pinjaman secara automatik. "

Selamat Membayar. Hutang tetap hutang kan?

6:44 pagi
180117
Simpang Pulai, Perak

Tuesday 17 January 2017

Teknik Menyimpan Duit Mengikut Hari

Teknik Menyimpan Duit Mengikut Hari

Teknik Menyimpan Duit Mengikut Hari

Teknik ini mudah diguna pakai oleh para siswazah sama ada yang masih belajar di kolej atau universiti dan juga bagi mereka yang sudah bekerja. Teknik menyimpan mengikut hari ini adalah berdasarkan tarikh/hari bulan dalam satu-satu bulan sepanjang setahun. 

Kita ambil contoh berikut:-

Januari       - 31 Hari
Februari    - 28/29 Hari
Mac    - 31 Hari
April    - 30 Hari
Mei    - 31 Hari
Jun    - 30 Hari
Julai    - 31 Hari
Ogos    - 31 Hari
September  - 30 Hari
Oktober    - 31 Hari
November  - 30 Hari
Desember   - 31 Hari

Januari ada 31 Hari, ia bermakna 
1hb Januari - RM1
2hb Januari - RM2
3hb Januari - RM3
4hb Januari - RM4
dan seterusnya sehingga ke 31 Hari...

Yang mana sekiranya anda berterusan untuk menyimpan menggunakan teknik ini, nilai untuk bulan Januari, anda telah meyimpan sebanyak RM496. Nilai yang agak banyak dan hampir mencecah lima ratus ringgit.

Bagaimana pula untuk setahun?
Untuk setahun, anda telah menyimpan sebanyak RM5738. Banyak kan? Nilai RM5738 ini adalah berdasarkan bukan tahun lompat. 
Kalau untuk tahun lompat, anda telah menyimpan RM5767.

Jadi, kalau anda dah mula menyimpan diusia yang muda, jumlah RM5738 ini pastinya akan berganda dari tahun ke tahun.

Sedikit kira-kira kalau anda menggunakan teknik ini untuk tempoh 5 tahun...
Tahun 1(Tahun Lompat)         - RM5767
Tahun 2(Bukan Tahun Lompat) - RM5738
Tahun 3(Bukan Tahun Lompat) - RM5738
Tahun 4(Bukan Tahun Lompat) - RM5738
Tahun 5(Tahun Lompat)         - RM5767
Jumlah                 - RM28,748
*ini sebagai contoh berdasarkan 5 tahun yang mempunyai 2 kali tahun lompat dalam tempoh 5 tahun.

Banyak kan?

Teknik Menyimpan Duit Mengikut Hari

Namun, teknik ini sebenarnya agak sukar untuk kita menyimpan secara berterusan kerana mungkin kita terlupa tarikh/sibuk dengan urusan seharian.

Tapi apa-apa pun, jangan berputus asa untuk menyimpan.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

07:13 pagi
170117
Simpang Pulai Perak





Teknik Menyimpan Duit Kertas Mengikut Warna

Teknik Menyimpan Duit Kertas Mengikut Warna, duit kertas, inflasi, pelaburan, simpanan, bank malaysia, ringgit, keuntungan, simpanan, pelaburan, hartanah, duit muka

Teknik Menyimpan Duit Kertas Mengikut Warna

Teknik menyimpan duit kertas mengikut warna merupakan antara alternatif untuk menyimpan duit. Cara ini sesuai untuk mereka yang sedang belajar di kolej, universiti, mahupun mereka yang telah bekerja makan gaji ataupun yang berbisnes sendiri.

Menyedari duit kertas ringgit Malaysia yang mempunyai warna berbeza mengikut nilai duit, teknik menyimpan duit ini merupakan antara teknik yang diaplikasikan oleh muda-mudi untuk meyimpan duit masa kini. Ianya pernah viral di sosial media seperti di Facebook suatu ketika dulu.

Namun, menggunakan teknik ini memerlukan beberapa biji tabung khas mengikut nilai duit juga warna-warnanya. Selain itu, teknik ini mungkin memakan masa untuk sesebiji tabung untuk penuh. Ianya tidak seperti Menyimpan Duit Syiling yang boleh dikatakan amat mudah didapati berbanding duit kertas(mengikut warna yang anda mahu untuk menyimpan).

Duit kertas seringgit(RM1) berwarna biru, lima ringgit(RM5) berwarna hijau, manakala duit kertas berwarna merah mempunyai nilai sepuluh ringgit(RM10), warna oren adalah untuk duit kertas dua puluh ringgit(RM20), duit kertas lima puluh ringgit(RM50) berwarna kehijauan dan seratus ringgit(RM100) mempunyai warna keunguan.

Teknik Menyimpan Duit Kertas Mengikut Warna, duit kertas, inflasi, pelaburan, simpanan, bank malaysia, ringgit, keuntungan, simpanan, pelaburan, hartanah, duit muka
Contoh Tabung Mengikut Warna (Gambar Google)
Selamat Menyimpan.

11:55 malam
160117
Simpang Pulai Perak.

Monday 16 January 2017

Teknik Menyimpan Duit Syiling

Teknik Menyimpan Duit Syiling, duit kertas, duit malaysia, rm, pelaburan, simpanan, transaksi, bank malaysia, interest rate, kewangan

Teknik Menyimpan Duit Syiling

Teknik menabung duit syiling ini merupakan teknik yang paling asas untuk menabung atau menyimpan duit syiling.

Tidak kira anda masih belajar, atau sudah bekerja, teknik ini merupakan teknik yang paling mudah untuk menyimpan duit.

Teknik menyimpan duit syiling ini juga amat sesuai sebagai permulaan untuk mendidik dan mengajar kepada kanak-kanak menabung dan menyimpan. Lebihan duit belanja sekolah seharian boleh disimpan setiap hari.

Duit syiling yang berat berbanding duit kertas merupakan antara faktor mengapa duit syiling jarang untuk digunakan untuk transaksi pembelian. Dan, ramai yang menggunakan duit syiling ini sebagai cara untuk menyimpan.

Namun, menyimpan duit syiling ini mengambil masa untuk dikumpul menjadi suatu amaun yang banyak.

Apa-apa pun, ianya lebih baik sedikit berbanding tiada langsung simpanan. 


10:14 malam
160117
Simpang Pulai Perak.